Penjara Kepayan punca peningkatan kes hari ini, kata KP Kesihatan


Noel Achariam

Malaysia hari ini mencatatkan kes tertinggi Covid-19 sejak pandemik itu melanda negara. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 24 Oktober, 2020.

PENINGKATAN kes hari ini kepada angka 1,228 adalah kerana jumlah kes yang tinggi di Penjara Kepayan, Sabah, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata bahawa penjara itu mencatatkan 434 kes positif Covid-19 hari ini.

“Sekiranya kita melihat masyarakat di luar, jangkitannya hampir sama dengan angka semalam.

“Jangkitan di Kepayan telah meningkatkan kes hari ini,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata bahawa terdapat kira-kira 2,000 tahanan di penjara itu.

“Sekiranya terdapat jangkitan misalnya di penjara Tembok atau yang lain, maka akan berlaku peningkatan kes.

“Peningkatan itu bukan di masyarakat luar tetapi di penjara.”

Dr Noor Hisham berkata bahawa pihaknya sedang meneliti prosedur operasi standard (SOP) di penjara.

“Kami telah mengenal pasti beberapa penjara di Utara dan Selangor.

“Kita harus mengelakkan jangkitan ini daripada masyarakat.”

Beliau turut berkata bahawa pegawai penjara dan tahanan yang dibawa keluar dari kemudahan boleh menjangkiti masyarakat awam atau dalam penjara berkenaan.

“Ini telah terjadi di penjara Tawau. Kami bekerjasama dengan penjara dan mempunyai SOP untuk mencegah jangkitan.” – 24 Oktober, 2020.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen