BERAPA banyak Amerika Syarikat telah berubah sejak Donald Trump pegang jawatan Presiden negara itu?
Antara jawapannya ada dalam album baharu Eminem. Artis rap yang mengutip penjualan album tertinggi dalam sejarah muzik rap kini kembali “menghantui” Trump dengan “Revival,” studio albumnya selepas empat tahun menyepi.
Revival muncul dipasaran Jumaat lalu, mengembalikan gaya muzik Eminem dengan mengkrafkan semula irama pop bersama “lidah-laju” beliau, selain berkolaborasi bersama nama besar dalam industri muzik seperti Beyonce, Ed Sheeran, Alicia Keys dan P!nk.
Bukan itu sahaja, Eminem, 45, juga membuka pekung dan sensitiviti politik beliau yang terbangkit dek arah tuju yang di bawa oleh Trump.
“Seseorang patut ambil (kira) ini Aryan/ Masa untuk tanamkan dia, jadi beritahu dia bersiap sedia untuk dicabar,” Eminem rap dalam lagu “Like Home,” menggambarkan imej kematian dan sifat perkauman tebal Ku Klux Klan.
“Dia cuba nak pecah belahkan kita,” Eminem beri amaran, dengan menggunakan lingo jalanan aktivis, menambah sumpahannya itu dengan memperli, “Dia akan menyatukan kita.”
Eminem, yang sebelum ini penuh kontroversi mengenai homofobia yang mana dinafikan beliau sebagai cuma naratif dalam penceritaan lagunya itu, turut menyerang Trump kerana cuba untuk membuat undang-undang melarang kemasukan transgender dalam tentera AS.
Luahan politik Eminem dalam Revival kelihatan sangat kiri apabila rapper itu muncul dengan mengutuk keras Trump sebelum “Revival” diterbitkan.
Sementara Trump tak disokong ramai selebriti, Eminem pula terkenal kerana beliau dan Trump berkongsi demografik yang sama.
Eminem membesar di Michigan dan mempunyai masalah dengan kaum pekerja kulit putih, selain mempunyai ketagihan kepada ubat tahan sakit, makanan ringan. Secara ringkasnya, beliau membesar dalam keluarga yang porak peranda.
“Aku mengaku ada ketika aku malu jadi warga kulit putih,” beliau menyanyi, sebagai tanda solidariti dengan pemain ragbi Amerika Colin Kaepernick dan ramai lagi pemain ragbi Amerika yang beberapa bulan lalu tidak bangun menyanyikan lagu negara Amerika kerana membantah terhadpa isu perkauman.
Namun isu politik dalam “Revival” bukan sahaja memanaskan punggung Trump, malah musuh Trump juga. – AFP, 17 Disember, 2017.
Komen