Darurat akan beri Muhyiddin lebih banyak kuasa, kata Dr Mahathir


Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kuasa kerajaan pada masa ini sudah memadai untuk menangani pandemik Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Oktober, 2020.

DR Mahathir Mohamad hari ini berkata pengisytiharan darurat hanya akan memberi lebih banyak kuasa kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Bekas perdana menteri itu berkata menjadikan Covid-19 sebagai alasan untuk mengisytiharkan darurat tidak boleh dilaksanakan kerana negara menguruskan wabak Covid-19 dengan baik.

“Apa yang dapat buat dengan darurat untuk menghentikan wabak berbanding dengan apa yang dapat kita lakukan sekarang? Tidak ada.

“Tetapi keadaan darurat akan memberi kuasa tambahan kepada perdana menteri. Apa yang dilakukannya setakat ini tidak mengurangkan masalah politik, ekonomi dan sosial yang mempengaruhi negara ini,” tulis beliau di blognya, Chedet.

Semalam, kerajaan Perikatan Nasional (PN) merancang untuk memperkenalkan seperti perintah darurat di tengah pandemik Covid-19 dan ketidakstabilan politik.

Muhyiddin mengadakan pertemuan selama dua jam dengan Yang di-Pertuan Agong di Kuantan, Pahang semalam, beberapa jam selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Putrajaya pada awal pagi.

Dr Mahathir berkata Covid-19 digunakan untuk membenarkan Parlimen ditangguhkan, dipendekkan dan mengelak sebarang perbahasan.

“Sekarang ia dijadikan alasan untuk mengisytiharkan darurat. Tetapi kuasa kerajaan saat ini sudah memadai untuk menangani wabak.

“Kita tidak berdepan bantahan rakyat seperti yang dilihat di AS dan Eropah. Orang kita sangat mematuhi sekatan seperti PKP.” – 24 Oktober, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen