PRESIDEN Palestin Mahmud Abbas menggesa satu demonstrasi besar-besaran diadakan minggu depan bagi membantanh lawatan ke Baitulmaqdis oleh naib presiden Amerika Syarikat Mike Pence selepas Washington berkata akan mengiktiraf bandar suci itu sebagai ibu negara Israel.
Memecahkan dasar AS sejak beberapa dekad lalu, Presiden Donald Trump juga berkata pada 6 Disember, dia akan memindahkan kedutaan AS dari Te Aviv ke Baitulmaqdis.
Tindakan itu mencetuskan kecaman antarabangsa dan protes di seluruh negara Arab dan Islam, serta berlaku beberapa pertempuran di wilayah yang diduduki antara warga Palestin dengan tentera Israel.
Abbas turut menggesa Abbas membatalkan pertemuan dengan Pence yang dijadualkan tiba di Baitulmaqdis pada Rabu dan memberi amaran Washington tiada peranan dalam proses damai Palestin-Israel.
“Kami menggesa bantahan kemarahan di pintu masuk ke Baitulmaqdis dan Bandar Lamanya berikutan lawatan pada Rabu oleh Naib Presiden AS Mike Pence dan untuk membantah keputusan Trump,” lata Fattah dalam satu kenyataan.
Status Baitulmaqdis masih menjadi salah satu isu kontroversi dalam konflik Palestin-Israel. – AFP, 16 Disember, 2017.
Komen