MAHKAMAH Turki pada Sabtu mengarahkan pembebasan tujuh suspek perbicaraan berhubung serangan maut dalam sebuah kelab malam di Istanbul pada malam tahun baru.
Mahkamah di Silivri berhampiran Istanbul memutuskan 44 suspek, termasuk penyerang warga Uzbek yang sudah membuat pengakuan Abdulkadir Masharipov - perlu kekal dipenjara.
Namun katanya tujuh daripadanya dibebaskan dengan kawalan kehakiman. Ini bermakna mereka masih didakwa dan perlu melapor diri kepada pihak berkuasa.
Sejumlah 57 suspek dibicarakan, dengan baki yag masih ada dibebaskan di bawah kawalan kehakiman atau masih melarikan diri.
Perbicaraan bermula pada 11 Disember dengan mahkamah mendengar keterangan selama lima hari. Pendengaran kes seterusnya dijadualkan pada 26 Mac.
Mashripov, yang hadir untuk pendengaran itu, enggan memberi keterangan walaupun mahkamah mendengar keterangan isterinya yang turut dibicarakan, menafikan pengetahuannya mengenai rancangan serangan itu.
Serangan kejam ke atas kelab malam Reina itu menyebabkan 39 orang terbunuh, kebanyakannya adalah warga asing yang menyambut tahun baru 2017.
Mashripov yang ditangkap selepas 17 hari dalam pelarian, berdepan 40 hukuman seumur hidup, yang mana ia adalah satu daripada mangsa dan pembunuhan itu sendiri.
Selepas mengambil teksi untuk ke kelab malam elit berkenaan, Mashripov menembak mati pengawal keselamatan sebeum mara ke dalam dan melepaskan tembakan secara rambang dengan raifel AK-47 ke arah pengunjung kelab malam berkenaan selain meletupkan beberapa grenad.
Kumpulan Negara Islam, yang ketika itu mengawal Iraq dan Syria, mendakwa bertanggungjawab atas serangan itu.
Mashripov menggunakan kod nama IS Abu Mohammed Horasani, merupakan seorang daripada beberapa bekas warganegara Uzbekistan yang dikaitkan dengan serangan tahun ini. – AFP, 16 Disember, 2017.
Komen