Kaki wayang terkesan, pengusaha pawagam terjejas


Hailey Chung Wee Kye

Pelaksanaan SOP di pawagam menyebabkan ramai kaki wayang hilang minat untuk menonton filem.– Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Oktober, 2020.

PENUTUPAN pawagam berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana penularan pandemik Covid-19 memberi kesan terhadap pengusaha dan kaki wayang.

Menurut kaki wayang, mereka baru mula membiasakan diri dengan normal baharu di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang berkuatkuasa Julai lalu dan kini terpaksa berdepan dengan penguatkuasaan PKPB selama dua minggu.

Tambah mereka selain menonton filem terbaharu di skrin besar, mereka juga akan merindui untuk ke panggung wayang, dan meluahkan kebimbangan dengan keadaan ekonomi semasa mungkin akan menjejaskan semua ini.

Sementara itu pengusaha pawagam menjangkakan sekurang-kurangnya 50 pawagam akan ditutup menkelang akhir tahun ini, menyebabkan kira-kira 4,000 orang akan kehilangan kerja, manakala pengusaha pawagam ketiga terbesar, MBO Cinema, dilaporkan akan gulung tikar.

“Industri pawagam terjejas sangat menyakitkan saya. Di mana muzikal dan drama dimulakan di teater, filem dimulakan di pawagam.

“Suasana, persahabatan, beertih jagung. Ia sesuatu yang sentiasa menunjukkan budaya filem,” kata Joshua Anand Ramamoorthy, 26.

Beliau yang membeli sekurang-kurangnya lima tiket wayang sebulan berkata, menonton filem dari komputer atau telefon pintar tidak akan dapat menggantikan pengalaman yang dirasai di pawagam. 

Seorang lagi kaki wayang, Ian Lee Zheng Xian, 19 turut bersetuju dengan pendapat itu dan berkata “Tidak ada tempat yang lebih baik untuk meletakkan diri sepenuhnya ke dalam sebuah filem - dalam bentuk artistik bercerita dan komunikasi idea - daripada di pawagam dengan telefon tanpa suara, tanpa fungsi ‘jeda’ dan bertih jagung!”

Namun ada sebilangan penonton filem yang hilang minat dan membuang kebiasaan sejak PKP dikuatkuasakan pada 18 Mac.

Ng Sze Jiun, 33, yang ke pawagam sekurang-kurangnya sebulan sekali sebelum PKP telah berhenti daripada berbuat demikian.

“Biasanya saya tidak akan menolak undangan ke pawagam, tetapi bila saya buat ketika PKPP dan saya merasakan tiada apa yang merugikan,” kata Ng. 

Selepas ditutup sementara selama tiga bulan sejak PKP, pawagam di Malaysia dibenarkan beroperasi semula pada 1 Julai. 

Bagaimanapun, selepas PKPB dikuatkuasakan di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Labuan awal minggu ini, pawagam terpaksa ditutup semula. 

Pelanggan berkurangan kerana SOP

Pengusaha pawagam berkata mereka berdepan masa sukar ketika terpaksa ditutup ketika PKP dan kini di bawah PKPB. 

Jurucakap mmCineplexes memberitahu The Malaysian Insight, industri pawagam menyumbang kepada pendapatan negara menerusi cukai hiburan. 

“Sejak dibuka semula (selepas PKP), kita mengalu-alukan kaki wayang namun jumlahnya berkurangan. Pendapatan juga berkurangan dan sukar untuk kita menjana pertumbuhan yang besar,” katanya. 

Pengurus besar pemasaran dan jualan TGV Cinema Mohit Bhargava berkata pawagam tempatan dan industri filem memberi pekerjaan kepada lebih 30,000 orang. 
 
Tambahnya sementara industri menunjukkan beberapa tanda pemulihan selama tempoh PKPP, mereka sudahpun mengalami kerugian yang besar dan penguatkuasaan PKPB di Lembah Klang memberi tekanan yang lebih besar. 

“Menutup dan membuka kembali perniagaan seperti pawagam sangat membebankan, menelan kos tinggi dan mengganggu industri, pembekal, serta pelanggan kami,” kata Mohit. – 18 Oktober, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen