Jais tahan 2 pegawai SPRM disyaki khalwat


JABATAN Agama Islam Selangor (Jais) menahan dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sebuah kondominium di Seri Kembangan, Selangor pada awal pagi Sabtu, lapor portal Mstar Online.

Portal itu mendapat pengesahan dariapada sumber SPRM, yang maklum mengenai dua pegawainya ditahan Jais.

Dalam masa sama, sumber Jais turut mengesahkan mengenai satu tangkapan dalam operasi penguatkuasaannya di Seri Kembangan pada kira-kira pukul 3 pagi.

“Operasi melibatkan empat pegawai penguatkuasaan Jais. 

“Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan mengenai kedua-dua individu yang ditahan,” kata sumber itu kepada Mstar Online.

Menurut sumber Jais itu, kenyataan media berhubung tangkapan akan dikeluarkan kemudian.

Menurut portal itu, difahamkan, kedua-dua pegawai SPRM itu ditahan kerana disyaki dalam keadaan mencurigakan di sebuah unit di kondominium di Seri Kembangan. 

Menurut portal itu lagi, lelaki yang ditahan adalah pengarah di salah satu bahagian SPRM, manakala pasangannya bertugas di bahagian yang mengendalikan urusan ketua pesuruhjaya suruhanjaya itu. – 16 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen