RUNDINGAN antara syarikat induk Malaysia Airlines dan pemberi pinjaman serta pemiutang ambil masa lebih lama dari jangkaan, lapor Reuters memetik ketua pegawai eksekutif syarikat penerbangan itu, Izham Ismail.
Memo yang dilihat menyatakan bahawa rundingan masih berjalan dan “memakan masa lebih lama daripada jangka masa yang dirancang.”
Izham, yang juga merupakan ketua pegawai eksekutif kumpulan syarikat induk Malaysia Aviation Group (MAG) mengatakan dalam memo kepada kakitangan pada 16 Oktober lalu bahawa terdapat “perkembangan memberangsangkan”.
MAG juga memberitahu Reuters hari ini bahawa rundingan dengan pemiutang mengenai pelaksanaan penyusunan semula syarikat itu masih dijalankan.
The Malaysian Insight baru-baru ini melaporkan bahawa salah satu pilihan untuk Malaysia Airlines adalah memulakan semula syarikat itu sebagai syarikat penerbangan baharu sekiranya rancangan penstrukturan semula yang dicadangkan ditolak.
Izham juga berkata sebelum ini bahawa syarikat penerbangan itu akan ditutup sekiranya pemberi pinjaman memutuskan untuk menolak rancangan tersebut. – AFP, 17 Oktober, 2020.
Komen