Syarikat Jepun mula bayar gaji pekerja guna bitcoin


GMO Internet yang mengendalikan pelbagai perniagaan berkaitan internet termasuklah kewangan, pengiklanan dalam talian dan infrastruktur internet akan mula membayar sehingga 100,000 yen (AS$890) sebulan bitcoin kepada pekerjanya di Jepun bermula Febuari tahun depan. – Gambar AFP, 16 Disember, 2017.

SEBUAH syarikat di Jepun akan mula membayar separuh gaji pekerjanya dalam Bitcoin dalam usaha untuk memahami lebih mendalam mata wang virtual itu, kata seorang jurucakap pada Jumaat.

GMO Internet yang mengendalikan pelbagai perniagaan berkaitan internet termasuklah kewangan, pengiklanan dalam talian dan infrastruktur internet akan mula membayar sehingga 100,000 yen (AS$890) sebulan bitcoin kepada pekerjanya di Jepun bermula Febuari tahun depan.

“Pekerja boleh menerima gaji dalam bentuk bitcoin jika mereka mahu,” kata jurucakap Harumi Ishii kepada AFP.

“Kami berharap untuk meningkatkan kecelikan mata wang virtual dengan menggunakannya,” katanya.

Tawaran itu dibuka kepada hampir 4,000 pekerja kumpulan GMO di Jepun, katanya.

Syarikat itu mula berdagang bitcoin pada Mei lalu.

Pada bulan depan, ia akan menyertai perniagaan “perlombongan bitcoin” seterusnya mendapat hak menerima bitcoin baru sebagai ganjaran membantu memastikan rangkaian mata wang virtual itu dalam keadaan selamat dengan meluluskan transaksi.

Harga bitcoin dunia melonjak tinggi tahun ini, daripada kurang AS$1,000 pada Januari kepada AS$17,000 minggu ini. – AFP, 16 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen