Hanya media terpilih dibenar buat liputan sidang Parlimen, Belanjawan 2020


HANYA organisasi media terpilih yang kebanyakannya dimiliki oleh kerajaan atau yang berkaitan akan dibenarkan membuat liputan persidangan Parlimen di Dewan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Oktober, 2020. 

HANYA organisasi media terpilih yang kebanyakannya dimiliki oleh kerajaan atau yang berkaitan akan dibenarkan membuat liputan persidangan Parlimen di Dewan Rakyat yang akan bersidang dari 2 November hingga 23 Disember.

Satu notis dari unit komunikasi korporat Parlimen hari ini berkata bahawa keputusan itu dibuat berikutan pandemik Covid-19 dan sesuai dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Nasional (MKN) dan Kementerian Kesihatan.

“Hanya agensi media berikut yang dibenarkan membuat liputan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14 serta pembentangan Belanjawan 2020,” menurut notis berkenaan dan turut menyenaraikan 15 agensi berita yang dibenarkan.

Agensi berita yang dibenarkan ialah RTM, Bernama, TV Al-Hijrah, TV3, New Straits Times, Berita Harian, Astro Awani, Utusan, Sinar Harian, The Star, The Sun, Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, Malaysia Nanban dan Channel News Asia.

Belanjawan 2020 akan dibentangkan pada 6 November jam 4 petang.

Setiap agensi berita hanya dibenarkan menghantar wartawan dan jurugambar atau juruvideo kecuali agensi media milik kerajaan RTM serta Bernama.

Semua kakitangan diminta untuk menjalani ujian Covid-19 tiga hari sebelum prosiding bermula dan menunjukkan keputusan negative mereka pada hari pertama prosiding. – 16 Oktober, 2020. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen