Anwar beri keterangan di Bukit Aman berhubung senarai 121 ahli Parlimen


Alfian Z.M. Tahir

Pihak polis berkata sebanyak 113 laporan polis dibuat terhadap Presiden PKR Anwar Ibrahim mengenai senarai 121 ahli Parlimen yang menyokongnya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Oktober, 2020.

PRESIDEN PKR Anwar Ibrahim tiba di ibu pejabat polis persekutuan Bukit Aman untuk diambil keterangan berhubung senarai 121 ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya untuk membentuk kerajaan baharu.

Ahli Parlimen Port Dickson itu mengelak daripada bertembung dengan pihak media yang menunggu dengan menggunakan pintu masuk belakang ke BukIt Aman pada pukul 3 petang.
Wartawan menunggunya di pintu depan seawal jam 1 tengah hari.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan Huzir Mohamed dalam satu kenyataan semalam berkata 113 laporan polis dibuat terhadap Anwar mengenai perkara itu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Siasatan masih berjalan dan setakat ini, 113 laporan polis sudah dibuat,” katanya. – 16 Oktober, 2020.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen