INDIA membebaskan bekas ketua menteri Kashmir yag ditahan sejak 14 bulan lalu bersama ribuan yang lain apabila New Delhi menguatkuasakan pemerintahan di wilayah berkenaan.
Mehmooba Mufti dibebaskan selepas ditahan sejak Ogos 2019 ketika kerajaan India menguatkuasakan darurat, memutuskan semua komunikasi dan menghantar ribuan tentera ke wilayah majoriti penduduk Islam itu.
Mufti, 61 ditahan bersama tiga lagi bekas ketua menteri dan beberapa pemimpin kanan politik lain di bawah Akta Keselamatan Awam yang membenarkan pihak berkuasa menahan individu tanpa pendakwaan dan perbicaraan sehingga dua tahun.
Tiga bekas ketua menteri berkenaan sudah dibebaskan sebelum ini namun kira-kira 8,000 tahanan termasuk beberapa ahli politik masih ditahan.
Arahan penahanan Mufti ditarik balik pada Selasa tanpa penjelasan oleh pihak berkuasa. sehari sebelum Mahkamah Agung India menjadualkan pendengara petisyen terhadapnya.
Mufti yang juga pemimpin Parti Demokratik Rakyat (PDP), mentadbir negeri itu dari 2016 hingga 2018 sebelum rakan sekutunya, Perdana Menteri Narendra Modi menarik balik sokongan.
Kerajaan India mendakwa penahanan Mufti adalah atas dasar untuk menghalang keganasan selepas langkah pada Ogos 2019 yang menyaksikan perpecahan negeri itu kepada dua bahagian. – AFP, 14 Oktober, 2020.
Komen