Pengusaha premis makanan bimbang pendapatan terjejas semasa PKPB


Khoo Gek San

Walaupun pelanggan dibenarkan makan di restoran terhad kepada dua orang setiap meja, pengusaha restoran bimbang orang ramai tidak berani datang sepanjang PKPB dilaksanakan.– Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Oktober, 2020.

PENGUSAHA premis makanan sekali lagi terpaksa berdepan kesan akibat perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) kali kedua yang di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, yang bermula hari ini.

Walaupun pelanggan dibenarkan makan di restoran terhad kepada dua orang setiap meja, pengusaha bimbang orang ramai langsung tidak akan datang sepanjang PKPB dilaksanakan.

Peningkatan mendadak kes Covid-19 juga ketika negara menghadapi gelombang ketiga pandemik juga menjadikan situasi bertambah sukar berbanding sebelum ini.

Presiden Persatuan Pemilik Kedai Kopi, Ho Su Mong, berkata gelombang ketiga pandemik Covid-19 mencetuskan kebimbangan.

“Kali ini lebih serius. Pelanggan lebih berhati-hati berbanding sebelum ini, dan tak berani makan di kedai,” katanya.

Menurut Ho, jumlah pelanggan yang berkurangan di kedai makan boleh dilihat selepas kes di Sabah naik mendadak.

Putrajaya melaksanakan PKPB bermula Jun, yang membenarkan orang ramai makan di restoran tetapi dengan mengamalkan penjarakan fizikal.

Di bawah PKPB kali kedua bermula hari ini, semua premis makanan dan kedai dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 10 malam. Bagaimanapun, pelanggan di premis makanan hanya terhad kepada dua orang setiap meja untuk menjaga penjarakan fizikal.

Syarat ini akan mengurangkan jumlah pelanggan, sekali gus menjejaskan pendapatan perniagaan.

“Tiada pelanggan bermakna tiada pendapatan, dan kedai-kedai kopi di Kuala Lumpur dan Selangor masih tetap perlu membayar sewa kedai.

“Gaji, bil utiliti dan kos bahan mentah, semuanya perbelanjaan.  Saya harap pemilik kedai dapat kurangkan sewa untuk tempoh dua minggu ini dan kerajaan beri diskaun utiliti kedai,” kata Ho.

Katanya, kira-kira 50% kedai kopi di Lembah Klang membayar sewa antara RM10,000 hingga RM20,000. β€“ 14 Oktober, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen