Tahun bencana di Vietnam: 386 jiwa diragut, hilang tanpa berita


Seorang anggota tentera membersihkan lumpur akibat banjir di Hoia An, Hanoi, selepas Vietnam dilanda taufan Damrey pada November lalu. 386 penduduk dilaporkan terkorban dan hilang dalam bencana alam yang melanda negara itu. – Gambar EPA, 15 Disember, 2017.

BENCANA alam termasuk 14 taufan, ribut, banjir kilat dan tanah runtuh yang melanda Vietnam tahun ini, menyebabkan 386 penduduk terkorban atau hilang, selain mengakibatkan kerugian harta benda bernilai US$2.6 bilion, menurut Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar pada Jumaat.

Agensi berita Vietnam (VNA) melaporkan, taufan Damrey sahaja, yang membadai Vietnam dalam tempoh lebih 10 tahun, dan disusuli bencana banjir pada November, menyebabkan seramai 123 orang terbunuh atau hilang.

Ia turut menyebabkan ratusan lagi mengalami kecederaan dan kerugian dianggarkan kira-kira US$1 bilion.

Sementara itu, Jawatankuasa Pusat Pencegahan dan Kawalan Bencana Alam negara berkata, wilayah utara dan tengah Vietnam, akan mengalami musim sejuk manakala taufan Kai-Tak sedang menghampiri Laut China Selatan. – Bernama, 15 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen