Polis tangkap semula 4 tahanan lari, kesan 3 lagi baki


POLIS berjaya menahan semula empat daripada tujuh pendatang haram yang meloloskan diri dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Umbuas berkata, tiga daripada mereka ditahan semalam, manakala seorang lagi pada 8.15 pagi tadi.

“Kesemua suspek lelaki ini ditahan ketika bersembunyi di lokasi berasingan sekitar daerah ini, iaitu di rumah tidak bernombor di Jalan Bahagia, Taman King Fook dan Batu 5 Jalan Apas serta di ladang sawit di Gudang 4,” katanya.

Peter berkata, pihaknya sedang memburu tiga lagi baki.

Dalam kejadian 2 pagi kelmarin, 14 tahanan bertindak memanjat pagar belakang PTS Tawau dan melarikan diri, namun tujuh berjaya ditahan semula pada hari sama. – Bernama, 10 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen