PELAN penstrukturan Malaysia Airlines (MAS) ditolak oleh kumpulan pemajak pesawat penerbangan, lapor Reuters.
Syarikat itu yang mewakili 70% daripada pesawat dan jentera yang dipajak kepada MAS berkata mereka akan mencabar pelan “tidak wajar dan penuh lompang” itu, menurut sumber dan surat daripada sebuah firma perundangan dilihat Reuters.
Bagaimanapun, sumber berkata sebilangan syarikat lain juga sudah meluluskan pelan itu.
Firma perundangan dan syarikat induk MAS, Malaysia Airlines Group, tidak membalas permintaan Reuters untuk ulasan isu itu.
Seperti kebanyakan syarikat penerbangan, MAS terjejas teruk kerana wabak Covid-19 dan surat itu menyatakan kegagalan rundingan penstrukturan semula akan menyebabkan ia terpaksa memulakan proses kecairan aset. – 10 Oktober, 2020.
Komen