Pengecaman wang, jam tangan mewah disita dalam kes Hasanah ditangguh


Bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia Hasanah Abdul Hamid dibicarakan atas pertuduhan pecah amanah wang kerajaan berjumlah RM50.4 juta. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Oktober, 2020.

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa pengecaman ke atas wang dan jam tangan mewah yang disita dalam kes pecah amanah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Hasanah Abdul Hamid tidak dapat dilakukan hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Farid Ahmad Kamal berkata saksi pertama pendakwaan, Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muhammad Nizhar Kadi sepatutnya membuat pengecaman terhadap kedua-dua barang kes itu bagaimanapun barang kes berkenaan yang disimpan dalam peti besi tidak dapat dikemukakan di mahkamah hari ini.


Bermula July 2018, akses bagi laporan penuh hanya untuk anda yang melanggan. Daftar sekarang dan nikmati satu (1) minggu akses percuma!

Langgan sekarang!


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen