Hajiji Noor kuarantin kendiri selama 2 minggu


Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor akan menjalani kuarantin kendiri dua minggu setelah beliau terdedah dengan individu positif Covid-19. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 8 Oktober, 2020.

KETUA Menteri Sabah Hajiji Noor akan menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu bermula hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Safar Untong berkata ia sebagai langkah berjaga-jaga setelah beliau terdedah dengan individu yang didapati positif Covid-19.

“Kerajaan negeri akan berfungsi seperti biasa,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Safar berkata sekiranya mesyuarat perlu diadakan, ia akan dibuat melalui persidangan video.

Kota Kinabalu merupakan antara lapan daerah di negeri ini yang dikategori sebagai zon merah. Daerah lain ialah Papar, Tuaran,Tawau, Lahad Datu, Semporna, Sandakan dan Kunak.  – 8 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen