Ahli akademik ramal GPS menang cemerlang pilihan raya negeri


Kamles Kumar

Kejayaan Ketua Menteri Abang Johari Openg mengurus hubungan dengan Putrajaya mendapat respons positif pengundi di Sarawak. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Oktober, 2020.

GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) akan menang cemerlang sekali lagi dalam pilihan raya negeri yang dijadualkan menjelang Julai depan, kata Dr Bridget Welsh.

Saintis politik itu berkata gerakan politik diambil Ketua Menteri Abang Johari Openg dengan kerajaan persekutuan menerima respons positif di kalangan rakyat Sarawak, terutama hal berhubung royalti minyak.

“Kepemimpinan Abang Jo memang berdepan beberapa cabaran (tetapi) beliau melakukan beberapa perkara penting dalam mengurus hubungan dengan kerajaan persekutuan, terutama dalam memanfaatkan isu Petronas,” katanya di laman Facebook Bersih 2.0 pada Rabu.

Felo penyelidik kehormat dengan Institut Penyelidikan Asia Universiti Nottingham Malaysia (Uonari) itu juga berkata GPS sekali lagi akan berjaya mengekalkan negeri memandangkan pembangkang yang retak.

 “Saya melihat kelemahan pembangkang. Visi dalam pembangkang itu sendiri dan kegagalan pembangkang untuk memberikan alternatif,” kata Welsh.

Pembangkang sekarang yang diketuai oleh DAP mempunyai 12 kerusi berbanding 68 kerusi di tangan GPS.

Welsh juga berkata GPS berada dalam kedudukan terbaik untuk pilihan raya negeri tetapi mungkin mempertimbangkan untuk mengadakannya pada waktu yang sama dengan pilihan raya umum.

Ini katanya untuk mengelakkan perhatian tidak perlu terhadap pilihan raya di negeri ini.

“Saya rasa ada alasan yang jelas mengapa GPS mahu meneruskan dengan pilihan raya kerana mereka berada dalam kedudukan yang sangat kuat. – 8 Oktober, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen