Umno mampu menang besar pada PRU15, kata penganalisis 


Kamles Kumar

Umno kini cuba untuk memenangi semula dominasinya dalam dunia politik tanah air sebagaimana sebelum ini.– Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Oktober, 2020.

UMNO mampu memenangi paling banya kerusi pada piihan raya umum ke 15 namun tidak akan mendominasi sebagaimana sebelum ini, kata penganalisis politik Dr Bridget Welsh.

Menurutnya Umno berada pada kedudukan untuk memperoleh yang terbaik dalam situasi politik semasa tetapi itu juga bergantung kepada sebaik mana mereka mampu merundingkan kerusi dengan PAS dan Bersatu.

“Umno sebelum ini pernah mengawal semuanya dalam politik Malaysia. Gabungan politik itu juga adalah berakhirnya pimpinan Umno. Mereka cuba untuk menanginya semula.

“Mereka boleh menang kerusi. Mereka boleh menang kerusi paling banyak bergantung kepada bagaimana mereka mengadakan rundingan,” katanya pada Facebook Bersih 2.0.

Tambahnya, Umno juga akan bergntung kepada rakan sekutunyam terutamanya PAS untuk mendapat kuasa.

“Saya rasa mereka juga lebih bergantung pada PAS daripada sebelumnya. Sekurang-kurangnya 20-30 kerusi mereka akan bergantung kepada PAS untuk bekerjasama agar mereka menang kerana parti itu tidak lagi kuat seperti dulu.

“Kami melihat situasi di mana mereka dalam gabungan, mereka dapat kembali kepada kerajaan. Kita melihat dengan jelas apa yang berlaku dengan Sabah,” kata Welsh.

Umno kembali menguasai Sabah apabila Gabunan Rakyat Sabah terdiri daripada Umno, Bersatu, Star dan PBS memenangi pilihan raya negeri itu baru-baru ini.

Welsh juga menyatakan sidang Parlimen pada November ini akan menentukan sama ada terdapat kemungkinan pilihan raya akan diadakan tidak lama lagi.

“Saya rasa apa yang perlu kita perhatikan adalah apa yang terjadi pada bulan November. Apakah kemungkinannya? Kami mungkin melihat pelbagai jenis percaturan muncul. Percaturan alternatif yang berada di luar proses politik.

“Apa yang kita lihat pada sidang Parlimen sebelum ini terdapat perancangan politik bagi memastikan wujud kerjasama untuk pastikan tiada undi tidak percaya.

“Terdapat dua perkara yang akan datang iaitu Belanjawan dan rancangan Malaysia seterusnya. Semua ini akan dibincangkan pada persidangan akan datang. Mungkin ada aturan yang sama,” katanya.

Umno menjalinkan kerjasama dengan Bersatu untuk membentuk Perikatan Nasional pada Mac. Bagaimanapun, kepimpinan Umno bertegas pakatan itu hanya akan kekal sehingga pilihan raya umum ke-15. – 7 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen