Iran harap hubungan dengan Kuwait terus kukuh


Presiden Iran Hassan Rouhani berharap Iran dan Kuwait akan terus mengukuhkan hubungan persahabatan yang terjalin selama ini. – Gambar EPA, 5 Oktober, 2020. 

PRESIDEN Iran Hassan Rouhani dalam ucapan tahniahnya kepada Emir Kuwait yang baharu Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, menyuarakan harapan kedua-dua negara akan terus mengukuhkan hubungan persahabatan yang terjalin selama ini. 

Presiden Rouhani juga berharap kedua-dua negara akan menyaksikan kestabilan dan keamanan yang semakin kukuh di rantau ini, lapor agensi berita IRNA.

Emir baharu itu menggantikan Sheikh Sabah Al-Ahmad As-Sabah yang meninggal dunia pada usia 91 tahun di Amerika Syarikat.

Terdahulu, presiden Iran dalam perutusan takziahnya turut bersedih dengan pemergian Sheikh Sabah Al-Ahmad As-Sabah. – Bernama, 5 Oktober, 2020. 



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen