WILAYAH Selatan Pasifik New Caledonia memilih untuk tetap bersekutu bersama Perancis pada hari Ahad, wilayah itu menolak kemerdekaan dalam referendum yang menyaksikan ramai warganya keluar mengundi.
Undian yang menolak perpecahan dari Perancis setelah hampir 170 tahun mengumpul 53.26%, berbanding dua tahun lalu sebanyak 56.7%.
Presiden Perancis Emmanuel Macron dilaporkan berkata sebelum ini bahawa “Perancis akan menjadi kurang cantik tanpa New Caledonia”.
Beliau hari ini melahirkan rasa terima kasih kepada seluruh pengundi di semenanjung itu.
“Saya mengalu-alukan tanda kepercayaan terhadap republik ini dengan rasa terima kasih yang sangat mendalam,” kata Macron dari pejabatnya.
Beliau juga turut berkata merasa “rendah hati” pada keputusan yang jelas menunjukkan peningkatan pro-kemerdekaan dibandingkan referendum yang diadakan pada 2018.
Referendum pada Ahad adalah sebahagian dari rancangan dekolonisasi yang dirunding dengan teliti seperti yang disepakati pada tahun 1998 bagi mengakhiri konflik antara penduduk peribumi yang kebanyakannya pro-kemerdekaan dan merupakan keturunan daripada peneroka Eropah. – AFP, 4 Oktober, 2020.
Komen