Parti kecil yakin relevan dalam PRU15


Noel Achariam

Parti politik kecil percaya mampu menjadi alternatif kepada pengundi dan membuat perubahan dalam landskap politik negara sekarang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Oktober, 2020.

PARTI politik kecil di negara ini tidak sabar untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana mereka percaya boleh membuat perubahan dalam iklim politik.

Mereka percaya dalam landskap sekarang, ia dapat memberikan alternatif kepada pengundi. Bagi yang sekian lama membangunkan parti sejak bertahun lamanya, berharap kesetiaan mereka terbalas dengan kerusi dalam pilihan raya akan datang.

Penganalisis sosio-politik Universiti Malaya Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi bersetuju yang parti kecil masih relevan kerana mereka menegaskan hakikat masih ada ruang untuk demokrasi di negara ini walaupun ia akan bertemu dengan lawan lebih besar seperti Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun beliau berkata, peluang mereka untuk menang tipis, kecuali berlaku keajaiban politik, apabila (sebagai contoh) calon utama didapati tidak layak kerana masalah teknikal.

Awang Azman berkata ada di antara mereka sudah menjalin hubungan dengan parti politik besar kerana masih belum menunjukkan prestasi dan kemampuan mereka.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar berkata, walaupun parti kecil ini relevan, peluang mereka untuk menang dipertikaikan.

“Sukar bagi mereka untuk menang kerana aliran politik berbeza di Semenanjung (berbanding) Sabah.

“Di sini, pengundi fokus pada identiti parti besar dan itu adalah motivasi bagi mereka.”

Beliau berkata jika tiada kolaborasi dengan parti besar, maka peluang parti kecil adalah tipis.

“Akan sukar bagi mereka mendapatkan kerusi. Perbalahan berhubung kerusi antara parti besar sudah sangat kompetitif.

“Jika mereka (parti besar) memberikan kerusi kepada parti lain, maka ini akan menimbulkan pergolakan (dari dalam).”

Parti kecil harus menonjolkan diri jika ingin dilihat relevan di kalangan pengundi, dengan menjalankan pelbagai program, misalnya. – 4 Oktober, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen