PM pengerusi mesyuarat khas MKN berkenaan Covid-19 


Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat khas MKN berkenaan Covid-19 di Putrajaya hari ini.– Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Oktober, 2020.

PERDANA Menteri Muhyiddin Yassin pagi ini mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara berkenaan Covid-19 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

Mesyuarat itu antaranya dihadiri oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kanan Kerja Raya Fadillah Yusof; Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin serta menteri-menteri berkaitan.

Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Affendi Buang.

Semalam, Malaysia mencatatkan 287 kes baharu Covid-19, iaitu jumlah kes harian tertinggi pernah direkodkan sejak permulaan pandemik itu di negara ini.– Bernama, 3 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen