Kes Covid-19 melonjak, restoran berbelah bahagi operasi hingga 2 pagi


Noel Achariam Elill Easwaran

Operator restoran bergelut untuk mengimbangi antara pendapatan dan protokol keselamatan Covid-10, dan perlu atau tidak beroperasi hingga 2 pagi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Oktober, 2020.

OPERATOR restoran bergelut untuk mengimbangi antara pendapatan dan protokol keselamatan Covid-10, dan mempunyai pandangan berbeza berkenaan perlunya dibuka hingga 2 pagi.

Sebahagian memberitahu The Malaysian Insight waktu tambahan pembukaan restoran itu membantu jualan, sementara yang lain berkata pendapat tambahan itu hanya sikit saja.

Mereka berkata walaupun restoran mungkin menjana beberapa ratus ringgit tambahan ketika dua jam tambahan itu, mereka juga perlu memastikan pelanggan mematuhi prosedur operasi standard (SOP), jika gagal restoran dan pelanggan boleh didenda oleh pihak berkuasa.

Presiden Persatuan Peniaga Restoran India Malaysia (Primas) Muthusamy Thirumeni berkata langkah membenarkan kedai makan beroperasi hingga 2 pagi, bukan 12 tengah malam diperlukan untuk membangkitkan semula ekonomi, tetapi realitinya, kesan sangat kecil kepada restoran India.

Di kebanyakan kedai makan India, pelanggan akan makan hingga 1 pagi dan jarang sekali sampai 2 pagi.

Beliau berkata secara keseluruhan masih ramai yang berhati-hati untuk keluar rumah.

“Secara am, kebanyakan kedai beroperasi hingga 1 pagi. Maklum balas diterima daripad aisu ini 70% daripada 1,200 ahli di seluruh negara.”

Jam tambahan itu, berbanding penutupan awal ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada Mac dan April, hanya membawa pendapatan tambahan RM200 hingga RM300, bergantung kepada tempat, kata Muthusamy.

“Kedai tidak dapat pendapatan banyak kerana tidak ramai pelanggan.”

Pada 10 September, Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata restoran dan kedai runcit akan dibenarkan beroperasi hingga 2 pagi di bawah PKP pemulihan (PKPP). Sebelum itu, ketika PKP bersyarat, mereka hanya dibenarkan dibuka hingga tengah malam, dan semasa PKP, hingga 8 malam.

Keputusan melanjutkan hingga 2 pagi itu dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara selepas beberapa aduan diterima daripada peniaga.

Muthusamy berkata keselamatan pelanggan jadi keutamaan, dan jika restoran dan pelanggan gagal mematuhi SOP, mereka akan mengalami kerugian lebih besar. – 3 Oktober, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen