JANGAN secara “selamba berperang” dengan Korea Utara, sedangkan boleh masalah boleh diselesaikan secara aman melalui proses diplomatik.
Amaran itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres hari ini dalam lawatannya ke Jepun.
“Perkara paling teruk yang boleh berlaku terhadap kita semua ialah bila kita berjalan semasa tidur menuju perang yang akan mencipta keadaan dramatik yang dahsyat,” katanya.
Majlis Keselamatan PBB sebelum ini telah membuat tiga sekatan terhadap ujian nuklear dan peluru berpandu berkuasa tinggi oleh Korea Utara.
Guterres berkata sekatan itu perlu dilaksanakan “bukan sahaja paling utama oleh Korea Utara, tetapi juga oleh semua negara lain yang memainkan peranan penting.”
Beliau menyeru “usaha diplomatik yang membenarkan… penyahnuklearan (dari semenanjung Korea) dilakukan dengan cara yang aman.”
Bersama Guterres, Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe turut menyeru “resolusi Majlis Keselamatan PBB dilaksanakan sepenuhnya” dan mengadakan “dialog penyahnuklearan.”
Lawatan setiausaha agung itu berlaku selepas lawatan Ketua urusan politik PBB Jeffrey Feltman ke Korea Utara awal bulan ini.
Feltman berkata, beliau telah diberitahu Pyongyang bahawa Korea Utara mahu mengelak perang dan beliau berharap “pintu rundingan untuk menyelesaikan perkara itu dibuka seluas-luasnya.”
Pada Selasa, Setiausaha Negara Amerika Syarikat Rex Tillerson berkata, Washington bersedia untuk berbincang dengan Pyongyang “tanpa syarat,” yang mana ditafsir ramai pihak sebagai perubahan pandangan Amerika Syarikat.
Diplomat tertinggi Washington berkata dalam forum polisi Atlantic Council bhawa Korea Utara mengalukan perbincangan mengenai apa-apa sahaja dalam pertemuan pertama nanti, termasuklah mengenai hal cuaca.
Bagaimanapun, White House dan Tillerson kemudiannya menegaskan pendirian AS terhadap Korea Utara “tidak berubah.”
“Setiausaha tidak buat sebarang polisi baharu. Polisi kami kekal sama seperti sebelum ini,” kata jurucakap Jabatan Negara Heather Nauert pada Rabu. – AFP, 14 Disember, 2017.
Komen