KERAJAAN tidak pernah memberi kebenaran kepada premis kelab malam atau pub beroperasi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
“Kita tidak pernah memberi kebenaran kepada kelab malam atau pub untuk beroperasi di bawah PKPP.
“Kita tidak benarkan kerana kelab malam dan pub mempunyai risiko penularan yang tinggi,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan kes Covid-19, di Putrajaya hari ini.
Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa berkata prosedur operasi standard (SOP) bagi bar dan restoran akan dikaji semula susulan peningkatan jumlah individu yang ingkar PKPP.
Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan pada Isnin berkata seramai 577 individu ditangkap kerana melakukan aktiviti di pub dan kelab malam. – 1 Oktober, 2020.
Komen