Kementerian kaji semula SOP bar dan restoran


Elill Easwaran Noel Achariam

Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa berkata kementerian akan mengkaji SOP untuk bar dan restoran selepas berlakunya peningkatan dalam jumlah mereka yang melanggar PKPP. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 1 Oktober, 2020.

KEMENTERIAN Wilayah Persekutuan akan mengkaji prosedur operasi standard (SOP) untuk bar dan restoran selepas berlakunya peningkatan dalam jumlah mereka yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kata menterinya Annuar Musa.

Menurutnya adalah penting bagI Dewan Bandaraya dan pusat pengurusan krisis Wilayah Persekutuan untuk mengkaji semula SOP semasa.

“Ini harus diperkuatkan lagi dan orang ramai tidak boleh mengambil kesempatan kerana kita masih mengekang virus Covid-19 sementara tiada vaksin,” katanya.

Kerajaan belum memberi lampu hijau untuk membenarkan pub dan kelab malam beroperasi.

 

Tetapi banyak pub dan kelab malam beroperasi serta melanggar SOP.

Pada Isnin Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata seramai 661 individu telah ditangkap kerana tidak mematuhi SOP dengan aktiviti di pub dan kelab malam adalah penyumbang terbesar dengan 577 orang ditangkap atau didenda.

Ismail juga telah memberi amaran untuk menarik semula lesen perniagaan kelab malam dan pusat hiburan yang beroperasi dalam tempoh PKPP. – 1 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen