PERDANA Menteri Israel Benjamin Netanyahu semalam berkata beliau “tak hairan” dengan kenyataan oleh pemimpin Islam berkenaan Jerusalem (Baitulmuqaddis) selepas mereka mendesak dunia mengiktirafnya sebagai ibu kota Palestin.
“Kami tidak hairan langsung dengan kenyataan itu,” kata Netanyahu dalam satu ucapan, berkata beliau percaya banyak negara akan mengikut jejak langkah Presiden AS Donald Trump dan mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu kota Israel.
Beliau mengulas berkenaan sidang tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul, berkenaan tindakan Trump itu minggu lalu.
“Rakyat Palestin lebih baik sedar realiti dan bertindak demi kedamaian, bukannya ekstremisme,” kata Netanyahu.
“Mereka sudah perlu sedar satu lagi fakta berkenaan Jerusalem: Ia bukan saja ibu kota Israel, tetapi kami juga mengekalkan hormat kebebasan beragama di Jerusalem, dan kami satu-satunya di Timur ah yang berbuat demikian, tiada yang lain.”
Sidang kemuncak luar biasa itu bertemakan “Tindakan Bersama dalam Semangat Perpaduan dengan Al-Quds” diadakan atas permintaan PresidenTurki, Recep Tayyip Erdogan atas sifat beliau selaku Pengerusi Sidang Kemuncak Islam ke-13 berikutan pengumuman oleh Amerika Syarikat pada 6 Disember untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. – AFP, 14 Disember, 2017.
Komen
Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Chris Sav · Ulasan