Pengangkutan awam terjejas akibat mogok di Jerman 


Perkhidmatan kereta api turut terjejas berikutan mogok oleh pekerja sektor berkenaan di Jerman.– Gambar EPA, 29 September, 2020.

TINDAKAN mogok oleh pengendali pengangkutan awam di Jerman menyebabkan gangguan di seluruh negara itu.

Ia merupakan usaha daripada kesatuan Verdi untuk menekan majikan bagi mendapatkan persetujuan kolektif berhubung perjanjian buruh.

“Hampir tiada bas, U-Bahns (tren bawah tanah) dan tram yang berfungsi,” kata pihak berkuasa pengangkutan di Berlin.

Di selatan bandaraya Munich, tiada bas yang beroperasi dan hanya separuh sahaja bas melakukan perkhidmatan,” kata jurucakap MVG yang mengendalikan pengangkutan awam.

Sementara itu di Hamburg, perkhidmatan metro turut terjejas dan perkhidmatan bas tidak beroperasi. 

Namun kereta api antara wilayah dan jarak jauh bagaimanapun tidak terjejas.

Verdi mendesa rundingan diadakan untuk persetujuan kolektif yang melindungi 87,000 pekerja di sektor berkenaan.

Menurutnya, pihaknya mahu menamatkan layanan tidak adil kepada pekerja di Jerman dan meminta agar majikan bersetuju dengan peraturan untuk membenarkan cuti dan bayaran bonus.

Pertubuhan Majikan Perbandaran yang mewakili majikan di Jerman bagaimanapun menolak rundingan itu, menurut kesatuan berkenaan.

“Malah, majikan tidak bersedia untuk mengadakan rundingan dengan pekerja. Kami hanya berikan mogok sebagai amaran yang menunjukkan betapa seriusnya situasi ini,” kata naib pengerusi Verdi Christine Behle. – AFP, 29 September, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen