PKPD pentadbiran Zon Melur, Amanjaya berakhir


Ravin Palanisamy

4,931 sample diambil dari Zon Melur dan jumlah kes positif kawasan itu kekal 13 kes, kali terakhir dilaporkan pada 13 September. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 September, 2020.

PENGUATKUASAAN perintah kawalan pergerakan diperketat secara pentadbiran di Zon Melor, Amanjaya, Kedah secara rasminya ditamatkan hari ini, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.

Ismail berkata keputusan itu diambil selepas zon itu tidak merekodkan sebarang kes baharu Covid-19.

“Penamatan ini dibuat selepas tiada penambahan kes baru positif Covid-19 direkodkan untuk tempoh 13 hari iaitu sejak 14 September 2020,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

4,931 sample diambil dari Zon Melur dan jumlah kes positif kawasan itu kekal 13 kes, kali terakhir dilaporkan pada 13 September.

Pada 28 Ogos lepas, kerajaan menguatkuasa PKPD secara pentadbiran di tiga zon (Kenaga, Mawar dan Melur) di Amanjaya.

PKPD pentadbiran di Kenaga dan Mawar tamat pada 14 September, tetapi ia dilanjutkan untuk Melur selepas 12 kes positif dikesan pada ujian saringan kedua.

Zon Melur mempunyai 609 isi rumah dengan anggaran 2,529 penduduk. – 27 September, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen