PENGARANG Perancis Claude Simon pemenang anugerah sastera Nobel 1985 mungkin tidak dikenali hari ini jika mengambil kira sikap penerbit buku zaman sekarang terhadap sastera, menurut eksperimen dilakukan oleh seorang peminatnya.
Serge Volle telah mengirim 50 muka surat novel 1962 oleh Simon bertajuk “The Palace” kepada 19 penerbit buku di Perancis.
Keputusannya sangat mengecewakan: 12 penerbit menolak dan tujuh lagi tidak membalas sebarang komen.
Seorang editor berkata “rangkap tak berpenghujung sangat menyesatkan pembaca,” kata Volle kepada rancangan radio Perancis Isnin lalu.
Surat penolakan itu juga menyebut buku itu mempunyai “plot nyata dengan karektor yang menarik.”
Simon, bapa sastera “nouvea roman,” terkenal dengan prosa yang berliku, selain terkenal dengan perenggan yang panjang bermuka surat dalam karya agungnya “The Georgics” (1981).
Volle, 70, mendakwa penolakan yang dibuat peminatnya itu menunjukkan betapa butanya pandangan seni penerbitan moden yang “mengetepikan karya sastera yang payah dibaca atau yang tak laku untuk dijual.”
Dengan menyebut semula pengarang terkenal Marcel Proust, beliau berkata awak harus “terkenal dahulu sebelum (buku) diterbitkan.”
“Kita sekarang dalam zaman yang tak mementingkan buku,” katanya.
Volle tidak memberitahu kepada siapa dan syarikat mana yang dikirimnya, namun beberapa penerbit terkemuka Perancis juga sebelum ini pernah menolak “The Georgics” empat tahun sebelum novel itu membantu Simon memenangi anugerah Nobel.
“The Palace” adalah salah satu karya paling kontroversi Simon yang dilihat pengkritik sebagai serangan halus terhadap George Orwell, pengarang British yang terkenal dengan naskhah bertajuk “Animal farm” dan “Homage to Catalonia,” yang juga seperti Simon, turut terlibat dalam perang saudara Sepanyol pada 1930-an.
Pada tahun sama Simon memenangi Nobel, beliau mendakwa pengalaman Orwell ketika berperang bersama anarkis dalam “Homage to Catalonia” adalah “rekaan palsu dari mula muka surat.”
Sehubungan itu, pengkritik British Christopher Hitchens yang meninggal dunia pada 2005 itu menghentam Simon kerana berperang untuk “Stalinists” di Sepanyol yang mula bermusuh dengan anarkis sebaik perang saudara itu tamat.
“Hadiah anugerah Nobel diberikan kepada sastera yang meragukan adalah skandal kecil,” kata Hitchens menambah, “yang mencerminkan reputnya tahap intelektual yang telah disebarkan oleh pseudo-intelektual.” – AFP, 13 Disember, 2017.
Komen