PM lancar edisi kedua buku The Covid-19 Chronicles of Malaysia


Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan buku The Covid-19 Chronicles of Malaysia (Edisi Kedua) di Pejabat Perdana Menteri. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 September, 2020.

PERDANA Menteri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan buku The Covid-19 Chronicles of Malaysia (Edisi Kedua) di Pejabat Perdana Menteri.

Buku yang mengandungi kronologi dan strategi untuk menangani Covid-19 di Malaysia itu merupakan susulan kepada The Covid-19 Chronicles of Malaysia yang diterbitkan pada Jun lepas.

Kementerian Kesihatan (KKM) berkata buku terbitan Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan (IPSK) dengan kerjasama Institut Penyelidikan Klinikal  (ICR) yang berada di bawah Institut Kesihatan Negara (NIH), itu merangkumi garis masa dari 31 Disember 2019 sehingga 30 Jun 2020.

“Ia merupakan hasil kompilasi maklumat yang diperolehi dari dokumen-dokumen kerajaan, data terbuka serta keratan akhbar berkaitan pandemik Covid-19 di Malaysia,” kata KKM dalam kenyataan sempena pelancaran itu.

Buku dalam bentuk salinan elektronik itu boleh didapati di laman sesawang http://maera.nih.gov.my/. 

Hadir sama pada pelancaran buku tersebut adalah Menteri Kesihatan Dr Adham Baba dan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.  – Bernama, 23 September, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen