Sekarang masa terbaik beli rumah, kata ejen hartanah


Hailey Chung Wee Kye

Berlaku trend kenaikan jumlah pembelian rumah pada waktu itu, dalam sebahagian usaha kerajaan untuk merangsang ekonomi yang terjejas akibat Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 September, 2020.

EJEN hartanah melihat kenaikan dalam pembelian rumah, dalam sebahagian usaha kerajaan untuk merangsang ekonomi yang terjejas akibat Covid-19.

Ejen yang ditemu bual The Malaysian Insight berkata pandemik itu membawa peluang sempurna untuk pembeli yang ada kemampuan kewangan untuk melabur dalam sektor perumahan, berbanding menyimpan wang dalam deposit tetap, kerana kadar faedah yang rendah pada masa ini.

“Pelaburan hartanah pada masa ini agak aktif pelabur keluar ke pasaran untuk mendapatkan urus niaga jualan yang terbaik,” kata Henry Heng Wei Hong, ejen hartanah di Reapfield Properties.

“Kerana keadaan Covid-19, kerajaan cuba merangsang perbelanjaan dalam ekonomi. Bank merendahkan kadar faedah, dan itu menyebabkan pelanggan tidak meletakkan wang simpanan dalam deposit tetap.”

Kadar dasar semalaman (OPR) pada masa ini 1.75%, potongan kadar kali keempat berturut-turut oleh Bank Negara Malaysia sejak 22 Januari, dan terendah sejak 2004.

“Sebelum Covid-19, kadar faedah untuk pembelian rumah 4%. Pada masa ini, anda boleh beli rumah dengan kadar faedah 3% atau rendah lagi,” kata Heng yang mengendalikan pembeli berusia lingkungan pertengahan 20-an hingga 30-an.

Heng berkata pelanggannya kebanyakan golongan dewasa muda yang bekerja dan mahu memenuhi matlamat peribadi untuk memiliki rumah.

Seorang pembeli muda, old Ng Fun Yee, 27, berkata beliau dapat mempercepatkan rancangan untuk membeli rumah kerana situasi semasa dan kadar faedah yang baik pada masa ini.

“Pada awalnya, saya dan tunang merancang membeli sebuah hartanah tahun depan. Tetapi, kami jumpa satu projek kondominium di Petaling Jaya dijual pada RM570++ per kaki persegi, yang jauh lebih rendah berbanding harga pasaran.

“Kami beli kerana harganya bagus dan kami suka kawasan itu. Kadar faedah untuk pinjaman juga rendah,” katanya.

Seorang lagi ejen hartanah berkata pembeli yang tidak terjejas secara kewangan akibat pandemik, sangat berminat untuk membeli hartanah.

Teoh May Sun, pengarah KL Team untuk Zeon Properties, berkata insenfit jadi lebih menarik untuk pembeli kerana kerajaan mengetepikan yuran untuk pindahan memorandum dan pemaju menambah beberapa manfaat untuk menyokong ekosistem itu. – 25 September, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen