ANGKA korban bangunan apartment runtuh di barat India naik kepada 20 orang hari ini, dan jumlah itu dijangka bertambah, kata pegawai operasi mencari dan menyelamat.
Pasukan Tindakan Bencana Nasional (NDRF) semalam berjaya mengeluarkan 20 orang termasuk dua kanak-kanak lelaki yang terperangkap di bawah runtuhan di Bhiwandi, dekat Mumbai.
Jurucakap NDRF berkata operasi dengan bantuan anjing pengesan berjaya menemui 20 mayat yang tertimbus dalam runtuhan bangunan tiga tingkat yang runtuh awal pagi semalam.
Ketua Pengarah NDRF Satya Pradhan menerusi Twitter berkata angka korban dijangka akan meningkat.
Tidak dapat dipastikan punca sebenar kejadian runtuhan, sama ada disebabkan masalah cuaca atau sebaliknya. – Bernama, 22 September, 2020.
Komen