LEBIH 15,000 rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura hilang kerja antara Januari hingga Julai susulan penutupan republik itu bagi mengekang wabak Covid-19, kata Menteri Sumber Manusia Seri M Saravanan.
Angka rasmi bagi tempoh tersebut adalah 15,666, katanya dalam jawapan Parlimen yang dilaporkan oleh The Malaysian Reserve.
Saravanan memetik data daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, yang menunjukkan rakyat negara ini dalam sektor perkhidmatan paling teruk terjejas, iaitu 1,123 orang.
Sektor pembuatan 3,604 orang dan sektor pembinaan (939).
Saravanan menjawab soalan Senator Liew Chin Tong, yang bertanya mengenai jumlah rakyat Malaysia bekerja di Singapura yang hilang kerja berikutan wabak Covid-19.
Namun, jumlah itu termasuk pekerja Malaysia yang tidak kembali ke Singapura kerana perintah kawalan pergerakan (PKP) Malaysia yang bermula pada 18 Mac.
Sempadan Malaysia masih ditutup tetapi perjanjian timbal balik dengan Singapura sejak 17 Ogos membenarkan perjalanan bagi tujuan perniagaan dan rasmi serta mereka yang memegang pas imigresen jangka panjang untuk tujuan perniagaan dan kerja. – 22 September, 2020.
Komen