GEMPA bumi berukuran berkekuatan 6.2 magnitud melanda tenggara Iran, berhampiran wilayah Kerman pada Selasa, lapor pusat seismologi negara itu.
Seramai 18 orang dilaporkan cedera dalam kejadian itu yang melanda kampung Hejdak dan Ravar di wilayah Kerman, kata perkhidmatan kecemasan nasional kepada IRIB.
Beberapa pegawai memberitahu, banyak rumah lama musnah di enam kampung, dan kelas di sekolah dan universiti dibatalkan.
Gempa melanda pada 12.13 petang (0843 GMT) dengan pusat gempa sekitar 50 kilometer (30 batu) di utara ibu kota Kerman dan kira-kira 800 kilometer dari Tehran.
Pusat Geologi Amerika Syarikat (USGS) mengatakan ia berukuran 5.9 magnitud yang kemudiannya diikuti beberapa kejadian gempa susulan kecil.
Pada Selasa, USGS melaporkan gempa lain di rantau ini dengan magnitud 6.0-kira-kira 65 kilometer dari Kernan.
“Secara keseluruhan, penduduk di rantau ini tinggal dalam struktur yang sangat terdedah kepada gegaran gempa, walaupun ada struktur yang mampu bertahan,” kata pusat tersebut. – AFP, 13 Disember, 2017.
Komen