Harapan parti kecil dengan cita-cita besar


Chan Kok Leong

Bendera Warisan berkibar di Kundasang, Sabah semasa kempen pilihan raya negeri. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 20 September, 2020.

LEI Shiong bergumam ketika mengeluarkan salah satu tayar belakang kereta Perodua Myvi milik ayah mertuanya yang rosak di Kampung Meilot di pinggir Sunsuron di Tambunan.

Dia membawa tayar rosak itu ke Sunsuron sejauh 5 kilometer (km) kerana tidak ada kedai di sekitar jalan Kota Kinabalu-Ranau.

Tambunan yang merupakan penempatan Kadazan Dusun Murut (KDM) terletak kira-kira 70 km atau 90 minit perjalanan dari Kota Kinabalu.

Pemandu berusia 30 tahun dari Keningau itu bagaimanapun terdiam ketika ditanya mengenai Parti Cinta Sabah (PCS).

“Apa itu?” soalnya.

“Di sini hanya ada Star, Jeffrey Pairin Kitingan dan Upko,” katanya.

Ketika ditanya parti mana yang lebih popular di sana, dia menunjukkan sepanduk Perikatan Nasional yang memaparkan poster Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Jeffrey.

Tambunan (N39) akan menyaksikan pertarungan enam penjuru antara penyandangnya Jeffrey, Nayah Yambu @ Laurentius (Upko), Silverius Bruno (PBS), Damian Marcus (PCS), Nordin Jaini (Gagasan) dan Jimmy Palikat sebagai calon bebas.

Tetapi dari Kota Kinabalu ke Tambunan, kawasan itu hanya dipenuhi dengan poster dan sepanduk Star, Perikatan, Warisan dan Upko.

Lei Shiong berkata PCS dan yang lain tidak akan memberi banyak kesan di Tambunan.

“Kawasan ini kebanyakannya KDM dan Jeffrey serta Upko lebih menonjol di sini.

Pendatang baharu PCS bagaimanapun mengejutkan semua orang apabila mereka meletakkan calon (73) terbanyak dengan bertanding di semua kerusi pada PRN Sabah 2020.

Ini berbeza dengan parti yang lebih besar dan mapan seperti Warisan yang bertanding 53 kerusi, Upko (47), Barisan Nasional (41), Perikatan (29) dan PBS (22).

Parti lain yang agak baharu, Gagasan dan PPRS masing-masing bertanding 28 dan 23 kerusi. – 20 September, 2020.

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen