SEORANG bayi lelaki berusia 16 hari ditemukan di belakang tong sampah sebuah hentian bas di Jalan Mahmoodiah, di Johor Bahru, semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata bayi itu ditemukan oleh orang awam kira-kira 6.15 petang dalam keadaan tubuh dibalut dengan kain dan terdapat botol susu di sebelahnya.
“Tiada sebarang dokumen diri ditemui bersama bayi berkenaan,” katanya dalam kenyataan, di Johir Bahru, hari ini.
Beliau berkata pihaknya masih mengesan individu yang bertanggungjawab meninggalkan bayi terbabit.
Bayi itu pula sudah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.– Bernama, 18 September, 2020.
Komen