400,000 kanak-kanak diancam kebuluran di Republik Congo 


Kanak-kanak di bawah umur 5 tahun boleh mati pada 2018 sekiranya tiada campur tangan antarabangsa untuk menberikan bantuan. – Gambar EPA, 12 Disember, 2017.

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran lebih 400,000 kanak-kanak di Republik Congo berdepan ancaman kekurangan zat makanan dan boleh mati dalam masa sebulan tanpa campur tangan antarabangsa.

Krisis terbaharu di negara termiskin di negara Afrika itu melanda kawasan Kasai, kata Tabung Kanak-Kanak PBB Unicef. 

Konflik yang berlarutan sejak 18 bulan dengan keganasan, pemindahan beramai-ramai dan masalah pertanian memberi kesan kepada kanak-kanak, katanya. 

“Sekurang-kurangnya 400,000 kanak-kanak bawah umur lima tahun, berdepan masalah kekurangan zat makanan dan boleh mati pada 2018 sekiranya mereka tidak dibantu dengan segera,” katanya. 

Kanak-kanak merupakan golongan yang paling memerlukan berbanding tiga suku daripada sejuta orang yang menghadapi masalah kekurangan zat makanan yang teruk, walaupun tahap keselamatan di sesetengah kawasan sudah stabil dan mereka yang berpindah sudah kembali ke kediaman mereka. 

“Krisis nutrisi dan kekurangan makanan di ilayah Kasai ini adalah berikutan pemindahan beramai-ramai ribuan keluarga yang tinggal selama beberapa bulam dalam keadaan yang sangat sukar,” kata wakil Unicef di Republik Congo, Tajudeen Oyewale. 

“Punca utama masalah ini semakin jelas apabila ramai yang pulang ke kediaman masing-masing di beberapa kawasan di mana tahap keselamatannya sudah meningkat dan khidmat kesihatan berfungsi semula.” – AFP, 12 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen