DUA warga Palestin terbunuh di jalur Gaza pada Selasa dengan pihak berkuasa di kawasan yang dikuasai Hamas menyalahkan serangan Israel, namun tentera Israel menafikan dakwaan itu.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin, Ashraf al-Qudra memberiitahu AFP, dua lelaki terbabit terbunuh di Beit Lahia di utara Gaza selepas serangan Israel yang mensasarkan sebuah motosikal”.
Tentera Israel segera menafikan perkara itu, dan menyatakan kenyataan itu “bertentangan dengan laporan terdahulu bahawa tentera tidak menyerang kawasan utara Jalur Gaza. – AFP, 12 Disember, 2017.
Komen