Uggah janji tambah stesen amaran banjir di Sungai Rajang


Desmond Davidson

Uggah turut mengarahkan Jabatan Saliran dan Pengairan untuk memastikan semua 500 stesen di seluruh Sarawak sentiasa beroperasi bagi menghadapi musim hujan yang mendatang. – Gambar The Malaysian Insight oleh , 16 September, 2020.

DUA lagi stesen amaran banjir telah dicadangkan pembinaannya di Sungai Rajang, Sarawak supaya sistem amaran banjir akan lebih lancar di masa hadapan, kata timbalan ketua menteri Sarawak Douglas Uggah.

Sangat penting untuk menambah stesen telemetri di Nanga Tulie dan Nanga Mujong mengunjungi mangsa banjir di sana, katanya ketika melawat mangsa banjir di situ.

Sehingga kini terdapat 25 stesen telemetri sepanjang 563km sungai itu, dengan 11 daripadanya dekat dengan Kapit.

Uggah yang mempengerusikan jawatankuasa pengurusan bencana negeri berkata, beliau akan menuntut tambahan sistem amaran awal selepas diberi penerangan tentang situasi di situ oleh wakil penduduk Kapit, Galong Luang.

Beliau turut mengarahkan Jabatan Saliran dan Pengairan untuk memastikan semua 500 stesen di seluruh Sarawak sentiasa beroperasi bagi menghadapi musim hujan yang mendatang.

Stesen-stesen itu digunakan untuk mengukur hujan dan paras air sungai.

“Jika rakyat dapat amaran lebih awal tentang banjir, mereka akan lebih bersedia untuk mengurangkan kehilangan atau kerosakan harta benda, atau dapat pindah ke pusat evakuasi yang lebih tinggi paras tanahnya,” kata Uggah.

Berhubung operasi bantuan, beliau memuji jawatankuasa bencana daerah yang katanya “memberikan layanan sangat baik kepada mereka yang terkesan selain berjaya mengawal keadaan”.

Uggah berkata, beliau telah dimaklumkan tentang proses sanitasi mencegah Covid-19 di stadium tertutup di Kapit sebelum mangsa dipindahkan ke situ.

Malah para ibu yang berlindung di situ mempunyai pilihan untuk memilih jenama formula susu untuk bayi mereka, bukan hanya diberi sejenis jenama formula sahaja.

Ahli Parlimen Kapit Alexander Nanta Linggi berkata pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di situ juga akan mengedarkan makanan kepada mangsa. 

Linggi juga memegang jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. – 16 September 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen