SEORANG wartawan terkemuka yang membongkar isu membabitkan pembantu White House, Anthony Scaramucci sehingga diberhentikan, dipecat kerana salah laku seksual.
Ryan Lizza, 43, yang berkhidmat dengan majalah The New Yorker didakwa terbabit dalam salah laku seksual dengan beberapa teman wanitanya.
Beliau menjadi personaliti media terbaru yang berdepan tindakan keras akibat perbuatan seumpama itu.
The New Yorker dalam satu kenyataan berkata Lizza dipercayai terbabit dalam tingkah laku seksual tidak sopan dan ia hanya diketahui baru-baru ini.
“Kami mengambil keputusan untuk menamatkan khidmat beliau selepas mengkaji perkara ini secara terperinci. Atas faktor privasi, kami tidak akan memberikan sebarang maklumat lanjut,” kata kenyataan itu.
Dalam satu kenyataan kepada media Amerika Syarikat (AS), Lizza mendakwa pemecatan itu dibuat secara terburu-buru tanpa penyiasatan menyeluruh dengan fakta yang relevan.
“Saya terkejut kerana The New Yorker membuat keputusan yang hubungan saya dengan seorang wanita sebagai tidak sopan.
“The New Yorker juga gagal menyatakan dengan jelas peraturan syarikat yang mana saya langgar dalam hal ini,” katanya. – AFP, 12 Disember, 2017.
Komen