TENTERA Israel membedil Semenanjung Gaza menggunakan kereta perisai dan pesawat.
Serangan itu dikatakan susulan tembakan roket yang dilancarkan ke arah mereka di selatan negara itu oleh Palestin, pada Isnin.
Sekurang-kurangnya dua roket ditembak dari Semenanjung Gaza, dengan satu daripadanya dapat dipintas oleh sistem pertahanan peluru berpandu Dome milik tentera Israel.
Menurut satu kenyataan daripada tentera rejim Zionis, serangan menggunakan sebuah kereta perisai dan pasukan tentera udara Israel disasarkan kepada lokasi di mana tentera Hamas berada di selatan Semenanjung Gaza.
Setakat ini tiada sebarang maklumat diterima berkenaan jumlah kematian atau kecederaan di lokasi serangan.
Jurucakap tentera Zionis, Jonathan Conricus berkata kereta perisai Israel membedil lokasi tentera Hamas di Gaza selepas memintas roket kedua yang dilancarkan pergerakan itu.
Penduduk Gaza berkata serangan berlaku di utara penempatan rakyat Palestin.
Ia tembakan roket pertama dilancarkan sejak petang Jumaat lalu yang mencetuskan serangan berterusan Israel selama dua malam berturut-turut, mengorbankan dua anggota Hamas. – AFP, 12 Disember, 2017.
Komen