2 bekas menteri antara calon Warisan Plus


Sheridan Mahavera

DUA bekas menteri Kabinet persekutuan antara calon Warisan Plus yang akan bertanding dalam Pilihanraya Sabah nanti.

Darell Leiking dan Mohammaddin Ketapi masing-masing akan bertanding untuk kerusi DUN di Moyog dan Segama.

Leiking merupakan bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri sementara Mohammaddin pernah memegang portfolio seni, budaya dan pelancongan.

Mereka sebahagian daripada pemimpin kerajaan Pakatan Harapan yang digulingkan selepas rampasan kuasa pada akhir Februari lalu.

Leiking dan Mohamaddin, kedua-duanya dari Parti Warisan Sabah (Warisan) pernah memerintah kawasan itu selepas pilihan raya ke-14 yang menyaksikan kekalahan pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah Najib Razak.

Bekas ketua menteri Sabah Mohd Shafie Apdal yang juga presiden Warisan akan mempertahankan kawasannya di Senallang. 

Warisan menerajui pakatan Warisan Plus merangkumi UPKO, DAP dan PKR.

Menurut senarai yang diedarkan kepada media, Warisan akan bertanding 46 kerusi atau lebih 63% daripada 73 kerusi di Sabah.

UPKO, parti yang dikuasai Kadandusun-Murut akan bertanding 12 kerusi sementara DAP dan PKR masing-masing tujuh kerusi.

Amanah pula akan bertanding satu kerusi.

PRN Sabah akan diadakan pada 26 September sementara penamaan calon dijadualkan pada 12 September. – 10 September, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen