SATU letupan menggegarkan kawasan berhampiran terminal bas Port Authority di Manhattan, New York, hari ini, kata polis.
Hanya seorang sahaja dilaporkan cedera iaitu lelaki yang ditahan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan letupan itu, kata polis di Twitter.
Mereka berkata kereta api bawah tanah diarahkan untuk melangkaui kawasan paling sesak di New York itu.
Terdahulu media melaporkan letupan itu datang daripada bom paip.
Presiden Donald Trump diberi taklimat berhubung letupan itu, kata jurucakap White House Sarah Huckabee Sanders di Twitter.
Serangan trak di Manhattan pada perayaan Halloween menyebabkan lapan orang terbunuh. Ia merupakan serangan keganasan pertama di New York yang menyebabkan kematian sejak serangan bunuh diri menggunakan pesawat pada 11 September. – AFP, 11 Disember, 2017.
Komen