KKM terima lebih RM600 juta untuk lawan Covid-19, kata menteri


KKM menerima RM627.1 juta setakat 28 Ogos untuk perang lawan Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 September, 2020.

KEMENTERIAN Kewangan telah menyalurkan sejumlah RM627.1 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat 28 Ogos, 2020, dalam usaha untuk meningkatkan keupayaannya memerangi pandemik Covid-19.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz berkata, Ini merupakan peningkatan daripada RM515.0 juta yang disalurkan setakat minggu sebelumnya.

“Pembendungan pandemik Covid-19 adalah faktor kritikal dalam pemulihan ekonomi,” katanya dalam laporan LAKSANA ke-20 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semua Ekonomi Negara (PENJANA) yang dikeluarkan, hari ini.

Di bawah pakej rangsangan PRIHATIN, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1 billion untuk program pembendungan penularan pandemik tersebut bagi membiayai pembelian peralatan perubatan, peralatan perlindungan diri (PPE), dan keperluan makmal untuk saringan Covid-19. – Bernama, 9 September, 2020.

 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen