Arab Saudi tarik larangan operasi panggung wayang 


Langkah itu merupakan sebahagian daripada perubahan sosial yang dilaksanakan oleh Putera Mahkota Mohammed Salman. – Gambar EPA, 11 Disember, 2017.

ARAB Saudi hari ini menarik balik larangan operasi panggung wayang yang telah dikuatkuasakan sejak 35 tahun lalu.

Kerajaan negara itu memaklumkan, pihaknya akan mula mengeluarkan lesen panggung wayang serta merta dan premis pertama dijangka akan beroperasi Mac depan.

Langkah itu merupakan sebahagian daripada perubahan sosial yang dilaksanakan oleh Putera Mahkota Mohammed Salman dan keputusan itu dijangka akan menggalakkan industri filem negara itu yang baru berkembang.

“Buat pertama kalinya dalam tempoh 35 tahun, kerajaan membenarkan panggung wayang komersial beroperasi semula seawal tahun depan,’’ kata Menteri Informasi, Awwad Alawwad.  – AFP, 11 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen