PEMIMPIN Umno paling kontroversi Jamal Md Yunos hari ini dibebaskan selepas ditahan kerana membakar kadbod berupa ahli DAP Zaid Ibrahim.
Peguam Mohamaed Imran Tamrin berkata, Jamal dibebaskan atas jaminan polis selepas dua malam ditahan dalam lokap.
“Sepanjang dalam lokap, Jamal mengadu sakit belakang.
“Jadi, semalam, semasa pendengaran reman, kami mohon majistret jika boleh berikan beliau tilam yang kemudian bersetuju berikan. Bagaimanapun, permintaan itu tak dilayan polis.
“Kami kecewa dengan layanan polis (terhadap Jamal),” katanya diluar balai polis Dang Wangi.
Imran berkata, ketua Baju Merah itu direman di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana mencetuskan provokasi dan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.
Jamal dilaporkan membakar kadbod berupa Zaid Ibrahim selepas membuat laporan polis terhadap Zaid di balai polis sama Rabu lepas.
Sebaik Jamal dibebaskan, Imran berkata Jamal pergi ke Hospital Ampang Puteri untuk membuat pemeriksaan kesihatan.
Sebelum ini Jamal mendakwa Zaid menerusi akaun Twitternya mempersoalkan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengkritik bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkaitan kenyataannya tentang masyarakat Bugis.
Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun pada Jumaat memberitahu The Malaysian Insight yang polis sudah menerima laporan berhubung tindakan terbaru Jamal di Perhimpunan Agung Umno ke-71 pada Khamis dan Jumaat apabila membakar kadbod gambar Zaid dan mengugut untuk memecahkan kepala bekas menteri itu dengan tukul besi kerana komennya mengenai titah Sultan Selangor.
Zaid later expressed fears for his safety and that of his family on his Twitter account, and said he “hoped the inspector-general of police will take care of our safety”.
Zaid menerusi akaun Twitternya sebelum ini mengatakan: “Sultan Selangor perlu berhati-hati dengan titah-titah baginda, tiada siapa yang kebal apabila negara terbakar,” mengulas tentang wawancara Sultan dengan akhbar The Star apabila baginda bertitah yang “kemarahan Dr Mahathir boleh membakar seluruh negara.” – 11 Disember, 2017.
Komen