Inkues Nora Anne ditangguh 14 September


Nora Anne Quoirin hilang pada 4 Ogos tahun lepas, sehari selepas beliau dan keluarga tiba di Malaysia untuk bercuti selama dua minggu di sebuah pusat peranginan Pantai di Seremban. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 September, 2020.

PROSIDING inkues bagi mencari punca kematian remaja Ireland-Perancis Nora Anne Quoirin di Mahkamah Koroner Seremban ditangguhkan ke 14 September, setelah berlangsung selama dua minggu.

Koroner Maimoonah Aid membuat ketetapan itu pada prosiding hari ini dan memutuskan, dua saksi akan dipanggil memberi keterangan pada prosiding yang dijadualkan berlangsung sehari itu.

Terdahulu, posiding inkues berkenaan yang berlangsung di hadapan Maimoonah bermula 24 Ogos lepas, menyaksikan seramai 14 daripada 64 saksi kes berkenaan, telah memberi keterangan.

Nora Anne, 15, hilang pada 4 Ogos tahun lepas, sehari selepas beliau dan keluarga tiba di Malaysia untuk bercuti selama dua minggu di sebuah pusat peranginan Pantai di Seremban, kira-kira 60km di selatan ibu negara.

Pada 13 Ogos 2019, mayat Nora Anne ditemukan berhampiran anak sungai di kawasan berlurah, kira-kira 2.5km dari resort penginapannya susulan pencarian besar-besaran yang dilakukan pihak berkuasa. – Bernama, 4 September, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen